Kristal FM's Cue-To-Call Games in celebration of His Majesty's 63rd Birthday
Tuesday, July 21, 2009
Wednesday, July 15, 2009
Umur persaraan genap 60 tahun
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa - Kebawah Duli Yang Maha Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini berkenan mengumumkan umur baru persaraan yang berkuat kuasa 1 Januari 2010.
Mulai tarikh itu, umur persaraan mandatori bagi rakyat dan penduduk tetap Brunei yang menyertai Skim Tabung Amanah Pekerja (TAP) dan Skim Persaraan Caruman Tambahan atau Supplemental Contributory Pension (SCP) akan dilanjutkan sehingga genap 60 tahun.
Baginda Sultan juga berkenan mengumumkan penubuhan SCP sebagai tambahan pada TAP yang ada sekarang dan melalui skim baru itu, para pesara yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan akan menerima pendapatan tetap minimum bulanan sesudah mereka mencapai umur persaraan mandatori kelak.
Skim itu juga dilengkapi dengan perlindungan 'survivorship' bagi menjamin tanggungan peserta, sekiranya mereka meninggal dunia sebelum persaraan mandatori, titah baginda dalam Titah Khas malam ini sempena sambutan ulang tahun ke-63 Hari Keputeraan Baginda esok.
Media Permata Online
Oleh Yusrin Junaidi
15-07-2009
Labels:
Titah
DIRGAHAYU 63
DIRGAHAYU
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA
SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU’IZZADIN WADDAULAH,
SULTAN DAN DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
HAMBA DULI TUAN PATIK SEKELIAN MENYEMBAHKAN
SEMBAH KESYUKURAN SEMPENA HARI PUJA USIA KE 63
KEBAWAH DULI TUAN PATIK DAN SEMOGA
KEBAWAH DULI TUAN PATIK KEKAL KARAR MEMERINTAH
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Saturday, July 11, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)